kalau berminat dengan barang2 handmade dalam blog ni boleh email kat dmasyricraft@gmail.com..:)

Friday, December 19, 2008

budak kecik ni pun saya rindu juga..


nama dia mohd masyrihakim..
panggil hakim je..
dia ni baru je 5 tahun..
tahun depan 6 tahun..dah sekolah tadika..

tapi saya kesian kat dia..
kecik lagi tapi dah ada macam2 masalah..
mama n ayah dia duduk kat kl tapi dah bercerai..
ayah dia warga asing..
mama dia tak ada kerja tetap lagi..
nenek dia pula duduk kat jb..
ibu tunggal..

sebab masalah2 di atas..
papa dan mama ambik dia duduk dengan kitaorang..
nama dia tu pun naim[adik bongsu saya] yang kasi
sebab memula dia sampai umah saya dulu..dia tak ada sijil beranak lagi..
papa yang paksa nenek dia buatkan cepat2..
sebab senang nanti nak sekolah..

dia duduk kat umah saya sejak 2 tahun yang lalu..
macam2 ragam gak dia ni..

memula duduk umah kitaorang..
dia ni sensitif sangat..
suka merajuk..orang marah sikit mula la mengundur ke belakang..
pastu air mata pun bergenang..
lagi 1..dia ni kuat sangat melawan..
lagi2 dengan mama..dia tak takut langsung..
mama marah..dia boleh jeling je kat mama..
pernah sekali tu..
along marah dia sebab kurang ajar dengan ayah dia..
pastu boleh dia angkat tangan nak pukul along semula..
ish!!!saya tak tahu apa dia fikir..
saya dan adik2 yang lain memang takut sangat dengan along..
kalau dengan papa kitaorang berani lagi..
tapi dengan along jangan main2..dia memang garang tahap maksima..

tapi ada gak yang seronok..
biasa la budak2 macam2 kerenah..
lagi2 dalam percakapan..
1) telur dia panggil letur
2) seronok jadi senorok
3) kaler hijau dia panggil warna daun
4) kalau kita cakap esok lusa..dia pulak cakap esok jauh-jauh..kalau tanya dia bila nak balik umah mama?dia jawab..'nanti la..esok jauh-jauh baru hakim balik umah mama..'
[boleh kawan dengan shasha ni..hehehe] 

lagi 1 yang tak boleh lupa..
dia pandai berlakon..
dia suka sorok remote..bila orang cari dia buat tak tahu je..
nanti dia pura2 jumpa remote tu..'eh!!!remote ni ada kat sini pulak' 


raya haji yang lepas..
macam biasa ayah dia datang sebab nak buat korban
lepas abis korban ayah dia bawak dia balik kl
sebelum hantar dia ke jb semula..
tapi mama kata dia menangis2 tak nak ikut ayah dia..
rasa pelik sikit..sebab biasanya dia nangis nak ikut..
macam dia tahu2 je nak kena hantar ke jb..
kesian kat dia..

kalau ikut dari dia cakap..
dia tak suka pergi umah nenek jb tu..
dia lagi suka duduk kat kampung dengan kitaorang..
tapi bila nenek dia kata nak bawa dia sekolah kat jb..
kitaorang dah tak boleh nak buat apa..
memang kesian kat hakim..

hari tu nenek dia call mama..
nenek dia cerita..
ari ahad lepas hakim tetiba je bangun tido awal..
pastu dia cakap dia mimpi pergi klcc..
jalan2 dengan atuk dan nenek kampung [panggilan utk mama n papa]
pastu atuk belikan dia mainan..

lagi 1..dia selalu tanya nenek jb
bila nak hantar dia balik kampung semula..
kesiankan dia..
saya rasa nak menangis bila mama cerita semalam..

saya tak tahu bila saya boleh jumpa dia lagi..
weekend ni nenek dia datang ambik semua barang2 dia..
sebab next year dia dah start sekolah kat jb..
tapi nenek dia tak nak bawa hakim jumpa kitaorang..
sebab nanti mesti susah nak pujuk hakim tu balik jb semula..

kitaorang semua tak tahu kenapa dia lagi suka duduk kat kampung..
kalau tanya dia..
dia cakap sebab kat kampung ada banyak mainan..[biasa la budak2]
tapi nenek saya cakap..
'budak kecik ni dia tahu siapa yang buat baik dengan dia..siapa yang buat tak baik dengan dia'
[kamu paham2 sendiri saya malas nak komen panjang2..]

saya sedih sangat2..
saya tak tahu bila boleh jumpa dia lagi..
yang penting sekarang ni..
saya r.i.n.d.u dia..

p/s: saya sebak ketika taip entri ni..air mata pun dah bertakung..tapi tetiba je ajay devgan panggil suruh buat kerja..ish!!!terus hilang mood sedih saya!!!

1 comment:

technology said...

Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not
fashion jewelry