kalau berminat dengan barang2 handmade dalam blog ni boleh email kat dmasyricraft@gmail.com..:)

Thursday, December 9, 2010

jadi cikgu pula..:)


dah lama sangat2 rasanya saya tak update pasal craftkan kat sini?
even saya dah lama tak bukak order
tapi saya still lagi menjahit secara kecil-kecilan
sikit je..tak banyak pun
huhu..

bulan lepas
saya join kak yana pergi mengajar orang menjahit felt
penat tapi seronok..
bengkel ni anjuran PPWN Pahang

yang 1st kat Jerantut
selama 2 hari


ketar2 kak yana time ni..1st time la katakan..
saya tiada di dalam gambar sebab sibuk ambik gambar orang..


pelbagai golongan yang datang..
adik2..akak2..makcik2..nenek2 pun ada..

mostly yang datang sudah berumur 40++
so paham2 je la..
penat ke hulu ke hilir tolong mereka
masukkan benang dalam jarum
semua pun ada masalah rabun dekat..
huhu..

yang ke-2 pula kat Kuantan je
buat kat umah purple (read: ofis PPWN)..
best sangat2 ofis diorang..
macam umah..kalau kerja kat sini
sure rasa macam bekerja dari umah..


kali ni ramai akak2 je..
makcik2 ada la sorang 2..
nampak tak tangan saya kat sebelah kanan gambar tu?
ni je la satu2nya gambar yang ada saya..
takpe la kalau setakat nampak tangan je pun..
:P


tu kak yana tengah sibuk mengajar..
saya tak banyak membantu sangat pun..
sikit2 je..

tapi papepun
terima kasih sangat2 kat kak yana
sebab ajak saya join bengkel ni
dapat gak saya menambah pendapatan..
:)