kalau berminat dengan barang2 handmade dalam blog ni boleh email kat dmasyricraft@gmail.com..:)

Thursday, April 25, 2013

name keychain


saya sebenarnya nak cari sape2 yang berminat nak jual keychain nama ni
barang2 semua saya akan sediakan
tinggal nak tampal huruf2 atas keychain je



yang sebelah kiri tu keychain yang kosong
yang kanan tu huruf2 yang dah siap gunting
saya gunting satu2 pakai tangan je
setakat harini belum ada big shot lagi
hehehe..

kalau berminat nak jual boleh la email saya
dmasyricraft@gmail.com

InsyaAllah..
biasa bila saya bukak booth..
keychain ni la yang paling laku..
orang memang suka beli keychain ni
sebab colorful dan menarik

so
untuk pakej ni saya akan kasik

1) keychain kosong
2) huruf2 dah siap potong - biasa saya akan potong ikut color pelangi..baru ceria..:)
3) gam uhu
4) 7 helai kain felt color pelangi - ni kalau2 huruf xcukup boleh la potong sendiri nnti..

- harga adalah bergantung kepada berapa banyak keychain kosong yang diperlukan -


Wednesday, April 3, 2013

BulanFunkyBazaar 4.0 Black&White @ BulanCafe


saya join lagi funky bazaar kat BulanCafe
sebab event dia memang funky..
kali ni theme Black & White.. 
cuaca sangat2 la panas
sungguh menguji kesabaran
 

ni booth saya yang simple je
anak tokey kedai
10 minit skali datang sini
suka sangat dengan barang2 yang cute


ni adalah benda yang wajib saya bawak bila bukak booth
name keychain..
dan yang ni slalu dapat perhatian
sebab butang yang color2 tu
;)


couple pillow lagi dan lagi


ramai yang berminat ngan couple pillow
saya pun suka orang order yang ni
senang dan cepat nak siap
cuma malas dan rajin saja
;)


yang ni abang ofis order
aritu order untuk dia dan isteri
kali ni order untuk anak2 pulak
untung ade anak sepasang kan?


yang ni pulak kawan dalam fb yang order
saya pernah beli barang ngan dia dulu
skang dia pulak yang order bantal dari saya..

kalau berminat email la saya
dmasyricraft@gmail.com
;)


cutie cat pillow


last month saya join booth untuk
KARE's Annual Charity Cat Event 2013
so semua barang harus la bergambarkan kucing kan?
since saya memang xpandai melukis..
saya beli je kain ada gambar kucing
potong dan jahit saja..


sempat saya jahit 4 bijik bantal dan 20++ pcs keychain
all done in 24 hours..
pantas kan?
hehehe..


yang ni 1st try
konon nak bawak ke booth
tapi tunjuk kat akak ofis terus dia nak
xsempat nak tayang kat booth
pape pun saya suke
janji ada orang beli..
;)